22 August 2014.satu tarikh bersejarah untuk rakyat malaysia.tarikh yang harapnya tidak akan dilupakan.hari malaysia berkabung
tergerak hati untuk menulis sebab keadaan semalam mengingatkan aku kepada peristiwa hampir 5 tahun lepas.sedihnya Allah saja yang tahu.aku rasa sedih sebab ada persamaan peristiwa semalam dengan peristiwa pada 12 disember 2009
selepas urusan jenazah arwah akak selesai di Frankfurt, Germany, kami dijadualkan untuk pulang ke malaysia dengan pesawat MAS (tak ingat MH berapa) pada 11 disember 2009.sebelum kami pulang,sempatlah jugak melawat rumah konsulat malaysia & pegawai JPA di Frankfurt
nak ingat balik urusan kami sangat mudah untuk balik ke malaysia.aku & ibu sepatutnya pulang pada tarikh yang belum ditetapkan lagi (tiket flexi) tapi tiket ayah sebenarnya tarikh tidak boleh diubah.maka dengan izin Allah,kami meminta bantuan daripada pihak MAS untuk mengubah tarikh kami pulang ke 11 Disember 2009
setelah berjaya mendapat tiket,kami pun naik ke kapal terbang.tapi ada masalah dengan seat sebab kami ditempatkan di seat orang lain yang dah book sebelum kami.lagi sekali urusan kami dimudahkan.seorang pegawai tinggi MAS di Frankfurt (tak ingat nama aunty baik tu) membantu kami,upgrade kami ke 'business class'.haa kalau beli tiket sendiri manalah mampu nak naik business class.inilah kali pertama & kali terakhir (mungkin?) dapat merasa business class.dari sini dah nampak rezeki Allah beri kepada kami sekeluarga
sebelum berlepas, aunty MAS yang baik inform kami yang jenazah arwah akak dah selamat naik kapal.masa tu aku terfikir macam-macam 'macam mana la akak kat bawah tu?ok ke kat sana?bawah tu mesti sejuk....'maka perjalanan 12 jam kami tempuhi dengan keadaan yang amat selesa alhamdulillah
setelah touch down di bumi malaysia,urusan membawa jenazah akak balik ke bangi pun berjalan.alhamdulillah kami dibantu jiran kami,seorang pegawai kastam yang bertugas di KLIA dan ahli2 surau untuk mempercepatkan proses.dokumen semua telah lengkap dah setelah selesai pemeriksaan kastam,jenazah dibawa terus ke surau untuk solat jenazah
kami tiba di rumah dengan keadaan yang teramat penat dah sedih.disambut dengan kehadiran adik (nani), keluarga & jiran2.siap2 di rumah kami terus ke surau.tiba di surau MasyaAllah ramainya orang!!keluarga, jiran2, ahli2 surau, kenalan semua ada.aku bersyukur sangat sebab ramai sangat orang mendoakan arwah akak.mungkin kerana keramahan dia maka ramai orang mengenali arwah akak
setelah selesai urusan di surau,jenazah terus dibawa ke kubur.aku sebenarnya kesian sangat kat nani sebab dia sorang tak dapat menatap wajah akak buat kali terakhir (atas nasihat pengurus jenazah & ahli surau kami tidak membuka keranda arwah).tapi nani redha & paham akan keadaan itu
di kubur sekali lagi masih ramai yang turut serta semasa pengkebumian arwah.ramai yang mengaminkan doa dan tak kurang juga dengan sokongan moral yang mereka berikan.aku bersyukur sangat atas doa2 kalian & hanya Allah dapat membalas jasa korang.segala urusan selesai dengan mudah & pantas
sama seperti semalam.urusan membawa jenazah ke kampung halaman masing2 sangat mudah.semuanya terus dibawa dengan kenderaan yang disediakan.jenazah2 mangsa juga adalah dikalangan yang beruntung kerana seluruh rakyat malaysia mendoakan mereka.ketibaan jenazah disambut dengan istiadat,one minute of silence berjalan pada jam 10.45am,solat jenazah dihadiri oleh ramai orang, begitu juga dengan majlis pengkebumian jenazah.nampak tak betapa besarnya rezeki mereka yang Allah beri di situ
bagi aku pemergian akak ada banyak hikmahnya.yang paling aku rasa sampai sekarang akak pergi meninggal keinsafan dalam hati aku.kematian boleh datang pada bila2 masa di mana jua kita berada.dan arwah akak juga meninggalkan rakan2 yang baik untuk kami.ada yang masih contact secara aktif.ada yang ingat ktorg pada hari raya.ada yang jumpa dan masih ingat muka etc
kepada ahli keluarga & kenalan MH17,ada hikmah disebalik pemergian mereka.terimalah pemergian mereka dengan redha & sentiasa doakan ketenangan mereka disana.kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan tanpa mereka.memang susah tak dapat dinafikan,tapi kita perlu redha supaya mereka tenang di sana.kalau nak nangis jangan tahan.let it go dan doakan mereke.surah Al-Fatihah dan doa menjadi pembantu mengubat hati kita dalam keadaan ini
to everyone else,i'm praying this unfortunate event will remain in our heart.semoga kita sedar bahawa kematian boleh berlaku di mana jua,bila2 masa dan dengan apa jua cara sekiranya ajal kita sudah tiba (peringatan untuk diri sendiri juga)
-insan kerdil yang mengharap pertemuan denganmu di syurga Allah-
credit:JPA,MARA,Konsulat Malaysia,MAS dan semua pihak yang terlibat