Wednesday, January 12, 2011
saje lol
Thursday, December 9, 2010
9th december
tarikh yang sama setahun yang lalu. sedang saya berada di dalam kelas matematik (dengan wakayama sensei) tiba-tiba saya dapat satu mesej. daripada kak imah. tapi bila saya nak balas, bateri saya habis. jadi saya pinjam handphone kawan saya, cakap "nanti bila saya da balik kolej saya mesej. bateri habes ni." (ayat lebih kurang je la. hehe)
dengan hati yang tak tenang, saya asyik berfikir je sepanjang kelas. "apahal kakak aku ni? macam urgent gile. ada pape terjadi ke?" tapi apa-apa pun, saya tetap duduk dan belajar dalam kelas, sebab minggu depan ada peperiksaan akhir.
bila saya balik. saya terus caskan handphone saya. on, dan mesej. sebab takut apa-apa urgent kan. lepas tu, terus masuk call. saya dapat dengar suara kak imah, dan juga ibu. suara ayah tidak ku dengari. dan akhirnya, ibu lah yang menyatakan kenyataan yang sebenar. kenyataan yang mengubah hidup kami sekeluarga..
9 disember 2009. 22 Zulhijjah 1430H.
.....
Friday, November 26, 2010
22 Zulhijjah 1431H
'dear akak..setahun akak dah tinggalkan kami.tahun ni ibu n ayah g haji.disebabkan haji kali ni nani kat jepun n ibu ayah kat mekah,maka imah tinggal sorg2.mase raya nasib baik tok yah ade kat umah pakcik.dapat la kiteorang (imah+huda+anep+amir+apis+along+kak lin+azim+aisyah) makan lauk tok yah masak ^^
ingat lagi dulu mase ibu ayah g haji 1st time.kite tinggal bertiga.nani g skola.kite dah abes skola.kerja2 semua bahagi.akak masak,imah kemas.kalau nani ade koko kat sekolah,imah anta naik basikal.bile akak g kelas driving,imah kene masak.tapi masak cincai-ntah-pape-tapi-bole-la-makan-takde-la-kebulur.ehehe.ari selase imah ngan nani ikut acik zura g pasar petang.beli ikan,ayam,roti john abg roti john nani.akak tak penah ikut sebab akak tak suke pasar.bile ktorg balik akak yang siang ikan n kerjakan ayam2 sume..
rindunye nak macam dulu balik..tapi imah paham..Allah lagi sayang akak..imah redha..dosa kalau kite meratapikan.imah pun tak nak akak terseksa di alam sana.insyaAllah kami sentiasa doakan akak T_T ....'
~Al-Fatihah~
Thursday, November 25, 2010
kerepek
hari ni kak imah masak. bagus! nanti i balik i nak u masak ye *kenyit mate* hehehe
hari tu ibu ngn ayah call. live dari tanah haram. suara rock due2. hahaha~ moga cepat sembuh balik... aminn :)
hari semalam teringat pada arwah. die suke kaco adek gemok (oopss ter-mengaku kikiki)
tajuk takde kaitan ngan isi. dan saya juga tidak makan kerepek sekarang. hanya ade coklat dalam beg. ape2 pun, sile abaikan hehe
ape2 pun, saya masih bersyukur, kerana walaupun dia udah tiada (nak dekat setahun), kami masih di sini, meneruskan perjuangan kami sebagai hamba Allah yang berada di naunganNya. yosh! :D
dan semoga Allah menyenangkan perjalanan dia di 'sana' juga, insyaAllah.. :)
wassalam.
Thursday, November 11, 2010
takde tajuk
baru paham nape ibu hari hari pun letih
susah rupenye nak jaga umah ni
Thursday, October 14, 2010
hadiah hari jadi
assalamualaikum wbt.
sekarang dah bulan 10. haha~ hari tu bday saya. tapi dia sudah tiada jadi yang wish (dalam ahli keluarga) da kurang seorang. namun begitu hidup perlu diteruskan kerana kita takkan jadi kuat jika kita hanya melayan perasaan tanpa membuat apa-apa. betul tak? hehe
waktu dulu saya selalu mintak itulah inilah. tak senonoh. ish3. dan tahun lepas arwah ikut pula cakapku belikan buku cite. padahal kami berdua nak baca. dia kata, "tak ape, nanti akak boleh beli baru kt sane". mula-mula saya nak gak bagi tapi last-last, terima je r. dia kate "tu hadiah bday tau jangan nak mintak lagi" haha~ macam tau je saya nak mintak gak. hee.
ayatnya masih dalam ingatanku. dan buku itulah hadiah hari jadi terakhir darinya.
ha, lepas tu kan dia kata nanti dia akan beli? memang dia beli buku cite yang sama di germany. :D arwah akak memang suka membaca.
wassalam.
Thursday, September 9, 2010
Syawal 1431H
1. bangun pukul 5.30am untuk tlg ibu memasak (ibu bangun pukul 4.00am!!)
2. gosok menggosok baju ayah,ibu & saya (ayah pakai jubah hitam feveret die.sya n ibu pakai baju kurung lame.2 syawal baru pakai baju baru)
2. ayah ke surau untuk solat sunat Aidilfitri (saya x dpt ikut sbb banyak benda nak settle kat umah eg potong nasi impit,sediakan meja)
3. sesi bersalam salaman & bermaaf maafan bersama ibu & ayah (3 org je.sorang dah takde.lagi sorang kat jepun)
4. sesi memakan masakan ibu yang super sedap!!syukur.. (ibu masak kuah lodeh,rendang daging,kari ayam kering,sambal kacang bersama nasi impit adabi)
5. bertolak ke kubur menziarah pusara Akak tercinta.....(ramai nye orang.sampai ade yang tersesat cari kubur orang.ish3)
6. makan...lagi...hahahaha...
7. berborak dengan nani (nani call!!!)
8. menelefon tok yah di batu pahat (nasib baik tok yah tade nangis dlm tepon.hee)
aktiviti petang 1 Syawal 1431H
1. lipat kain baju (ibu raya2 pun nak basuh baju)
2. watching 'sifu dan tongga' which is sooo not berfaedah tapi da takde cite lain yg menarik.tv len asek menyanyi je.
3. makan..again..hahahaha
malam 1 syawal 1431H
1. makan..sikit je..hehehe
2. kemas2 beg utk pulang ke batu pahat...
seriously,raya kat bangi sgt seronok sebab jalan raya sume kosong 0.0
cube anda kira,berapa kalikah saya makan.sebab tu 2 syawal dah boleh naik 2 kilo.kah3.buruk perangai btul.
so 2 syawal baru kami pulang ke tanah air ibu yg tercinta (aku pun cinta juge), batu pahat!!!!
and aktiviti kami adalah..makan lagi!!!and tak g beraya mana.sume mendak kat umah je..
pagi 3 syawal penuh sikit jadual nye.pagi2 pegi kubur.mule2 ziarah kubur arwah atuk,kak sam and arwah andak.nasi baik kubur nye agak teratur,so sng cari.then pegi kubur lama.ziarah kubur arwah nenek realku,arwah pkck yang meninggal masa kecik dan arwah tok uda.tp masyaAllah.tanah perkuburan lama yang sgt x teratur.nak cari kubur org sgt lah susah.kira pagi tu masing2 bersenam juga lah cr kubur orang. tp last2 3 kubur tu ktorg jumpe.alhamdulillah~
pukul 11, 3 syawal 1431H.pegi beraya umah pakcik2. then malam 3 syawal,kami buat BBQ.agak meriah jugak la.sampai kene g kedai heok aik beli burger and sausage lagi.ehe..
'akak,rindu nye kat akak.pagi raya mcm biasa imah yg kememeh ni nangis dulu.ayah belum cakap pasal akak pun imah dah nangis.we miss u a lot!!'