a special dedication to a special person
Sunday, May 8, 2011
apa tajuk mau letak ni
Wednesday, January 12, 2011
saje lol
Thursday, December 9, 2010
9th december
tarikh yang sama setahun yang lalu. sedang saya berada di dalam kelas matematik (dengan wakayama sensei) tiba-tiba saya dapat satu mesej. daripada kak imah. tapi bila saya nak balas, bateri saya habis. jadi saya pinjam handphone kawan saya, cakap "nanti bila saya da balik kolej saya mesej. bateri habes ni." (ayat lebih kurang je la. hehe)
dengan hati yang tak tenang, saya asyik berfikir je sepanjang kelas. "apahal kakak aku ni? macam urgent gile. ada pape terjadi ke?" tapi apa-apa pun, saya tetap duduk dan belajar dalam kelas, sebab minggu depan ada peperiksaan akhir.
bila saya balik. saya terus caskan handphone saya. on, dan mesej. sebab takut apa-apa urgent kan. lepas tu, terus masuk call. saya dapat dengar suara kak imah, dan juga ibu. suara ayah tidak ku dengari. dan akhirnya, ibu lah yang menyatakan kenyataan yang sebenar. kenyataan yang mengubah hidup kami sekeluarga..
9 disember 2009. 22 Zulhijjah 1430H.
.....
Friday, November 26, 2010
22 Zulhijjah 1431H
'dear akak..setahun akak dah tinggalkan kami.tahun ni ibu n ayah g haji.disebabkan haji kali ni nani kat jepun n ibu ayah kat mekah,maka imah tinggal sorg2.mase raya nasib baik tok yah ade kat umah pakcik.dapat la kiteorang (imah+huda+anep+amir+apis+along+kak lin+azim+aisyah) makan lauk tok yah masak ^^
ingat lagi dulu mase ibu ayah g haji 1st time.kite tinggal bertiga.nani g skola.kite dah abes skola.kerja2 semua bahagi.akak masak,imah kemas.kalau nani ade koko kat sekolah,imah anta naik basikal.bile akak g kelas driving,imah kene masak.tapi masak cincai-ntah-pape-tapi-bole-la-makan-takde-la-kebulur.ehehe.ari selase imah ngan nani ikut acik zura g pasar petang.beli ikan,ayam,roti john abg roti john nani.akak tak penah ikut sebab akak tak suke pasar.bile ktorg balik akak yang siang ikan n kerjakan ayam2 sume..
rindunye nak macam dulu balik..tapi imah paham..Allah lagi sayang akak..imah redha..dosa kalau kite meratapikan.imah pun tak nak akak terseksa di alam sana.insyaAllah kami sentiasa doakan akak T_T ....'
~Al-Fatihah~
Thursday, November 25, 2010
kerepek
hari ni kak imah masak. bagus! nanti i balik i nak u masak ye *kenyit mate* hehehe
hari tu ibu ngn ayah call. live dari tanah haram. suara rock due2. hahaha~ moga cepat sembuh balik... aminn :)
hari semalam teringat pada arwah. die suke kaco adek gemok (oopss ter-mengaku kikiki)
tajuk takde kaitan ngan isi. dan saya juga tidak makan kerepek sekarang. hanya ade coklat dalam beg. ape2 pun, sile abaikan hehe
ape2 pun, saya masih bersyukur, kerana walaupun dia udah tiada (nak dekat setahun), kami masih di sini, meneruskan perjuangan kami sebagai hamba Allah yang berada di naunganNya. yosh! :D
dan semoga Allah menyenangkan perjalanan dia di 'sana' juga, insyaAllah.. :)
wassalam.
Thursday, November 11, 2010
takde tajuk
baru paham nape ibu hari hari pun letih
susah rupenye nak jaga umah ni
Thursday, October 14, 2010
hadiah hari jadi
assalamualaikum wbt.
sekarang dah bulan 10. haha~ hari tu bday saya. tapi dia sudah tiada jadi yang wish (dalam ahli keluarga) da kurang seorang. namun begitu hidup perlu diteruskan kerana kita takkan jadi kuat jika kita hanya melayan perasaan tanpa membuat apa-apa. betul tak? hehe
waktu dulu saya selalu mintak itulah inilah. tak senonoh. ish3. dan tahun lepas arwah ikut pula cakapku belikan buku cite. padahal kami berdua nak baca. dia kata, "tak ape, nanti akak boleh beli baru kt sane". mula-mula saya nak gak bagi tapi last-last, terima je r. dia kate "tu hadiah bday tau jangan nak mintak lagi" haha~ macam tau je saya nak mintak gak. hee.
ayatnya masih dalam ingatanku. dan buku itulah hadiah hari jadi terakhir darinya.
ha, lepas tu kan dia kata nanti dia akan beli? memang dia beli buku cite yang sama di germany. :D arwah akak memang suka membaca.
wassalam.