Monday, September 3, 2012

8 Fun Facts about Japan (8 fakta seronok tentang Jepun kah?)

Entry ni saya buat (setelah 1 year plus takde post entry) untuk share few fun facts tentang Jepun,negara matahari terbit (kat malaysia pun matahari terbit jugak kan?nape namenye mcm tu?jawab2..), in conjunction to our raya trip aritu.sudah.jom baca as below:

1. beratur.nak buat pape semua kena beratur tunggu giliran ye.naik keretapi-beratur pls, naik bas-beratur pls,ambil gambar pun-beratur pls. kalau kau tak beratur, konfem akan dipandang senget.disiplin orang Jepun memang tiptop la.tang beratur memang aku salute

2. dalam public transport (eg train,bus) handphone kena silent mode.siap ada peringatan, 'please restrain from talking on the phone'.lagi2 kalau ade dekat dengan priority seat dalam train.kalau nak bercakap sembang2 pun suara volume 1/2 je,jangan nak jerit tempiak bagai.kang kena lempang baru tau

3. sangat rare untuk jumpa sampah @ tong sampah tepi jalan.tepi2 jalan semua bersih.takde la nak jumpa kotak rokok ke tisu ke plastik ke.memang takde.sebabnya,budaya mereka untuk tak buang sampah merata-rata.contoh,lepas guna tisu muka,dah lap muka kering2,ambik tisu tu simpan dalam beg.sampai rumah baru buang.maka sangatlah susah nk jumpa sampah tepi jalan.kan bagus macam tu.cuba kat malaysia ko buat gitu,konfem orang kata "hang ni pengotok la simpan balik tisu dah guna.buang je la tepi jalan tu". die tak sedar die yang pengotor sebenarnya.

4. vending machine adalah alat yang sangat penting.macam2 bole beli guna vending machine ni.vending machine air macam2 jenis ade, dengan air pelbagai rasa (mineral,energy drink,carbonated drink,'kirin',kopi,teh..eh semua la..ribena je aku tak jumpe). vending untuk aiskrim,makanan ringan n makanan berat pun ade.check-in hotel pun bole pakai mesin tau.malaysia ade?hehe..

latest attraction 'Tokyo Skytree'
5. ni yang paling best. ade 2 perkataan melayu yang kita tak boleh mention in public. "Mangkuk" & "Cincin". menurut kata adik saya, 2 perkataan ni ibarat mencarut la, tapi die pun tak tau maksud die ape. perkataan cincin memang kita jarang sebut la kan, tapi mangkuk ni payah sikit.so untuk mengelakkan dipandang oleh orang jepun, kami substitute perkataan mangkuk menjadi 'monkey' (sebutannye 'mang' and 'key'). so kalau kat kedai makan, nampak je hidangan dengan mangkuk besar, trus sebut "eh eh besarnye  mangkey tu.."al kisah satu hari kat rumah nani die keluarkan ayam beku dr freezer untuk masak lauk tengahari.untuk unfreeze ayam tu, die ambik mangkuk letak la plastik berisi ayam beku itu untuk letak air panas.ntah dari mana idea datang,keluarlah ayat ni "chicken in the monkey".maka gelak besarlah kami (sapa tak paham cita ni memang monkey ayun la korang.teehheee.jangan marah gurau je)

6. basikal dan train adalah kenderaan utama.dieorang keluar rumah pegi station keretapi naik basikal.parking basikal kat station, then pegi kerja naik train.kalau tempat kerja tak jauh sangat dari rumah,naik basikal jela.train pulak kalau peak hour sangat la macam sardine (sama la mcm kat malaysia). tapi yang unique nye,dalam keadaan bersardine tu, dieorang still boleh keluarkan handphone and surf internet atau ade yang bole baca buku cerita lagi.and kalau naik train & dapat tempat duduk,automatic akan terlelap mata.tido la pe lagi..

7. in public places like disneyland, they have parking for 'baby stroller'.cute kan.yang lagi syok takde orang curi pun.tak caya?nanti aku attach gambar bukti.kalau kat malaysia kau terlepas pandang 5 saat pun dah lesap kan.even if u r alone,and you left your bag atas kerusi then pegi toilet jap,balik dari toilet bag still ada,tak diusik pun.kalau malaysia mesti dah....ish3..

8. orang Jepun sentiasa bergerak dan berjalan,bukan lenggang kangkung macam kita p pasar malam ye,jalan laju.disebabkan mereka sentiasa berjalan,kerusi2 untuk lepak2 tepi jalan adalah jarang ditemui.except kat taman2 ke,kedai kasut ke ade la kerusi nak duduk.tempat lain,kalau penat hang bertenggek la kat mana2 tembok.

ok dah la.tak ingat dah ape lagi yang menarik.ingat nak cukupkan 10 points.tapi idea tamau keluar.ngantok kot.

selamat membaca!


p/s: sapa rasa nak pegi jepun pegi book tiket sekarang!!








No comments:

Post a Comment