assalamualaikum wbt.
sekarang dah bulan 10. haha~ hari tu bday saya. tapi dia sudah tiada jadi yang wish (dalam ahli keluarga) da kurang seorang. namun begitu hidup perlu diteruskan kerana kita takkan jadi kuat jika kita hanya melayan perasaan tanpa membuat apa-apa. betul tak? hehe
waktu dulu saya selalu mintak itulah inilah. tak senonoh. ish3. dan tahun lepas arwah ikut pula cakapku belikan buku cite. padahal kami berdua nak baca. dia kata, "tak ape, nanti akak boleh beli baru kt sane". mula-mula saya nak gak bagi tapi last-last, terima je r. dia kate "tu hadiah bday tau jangan nak mintak lagi" haha~ macam tau je saya nak mintak gak. hee.
ayatnya masih dalam ingatanku. dan buku itulah hadiah hari jadi terakhir darinya.
ha, lepas tu kan dia kata nanti dia akan beli? memang dia beli buku cite yang sama di germany. :D arwah akak memang suka membaca.
wassalam.