Tuesday, September 18, 2012

jomlah tunggu


antara aktiviti utama kat jepun adalah menunggu.tunggu.tunggu.dan tunggu.kekekeke. pictures tells a thousand words (alasan terbaik untuk orang malas menaip)
Tunggu shuttle bas dari airport ke hotel

tunggu subway train

tunggu tour guide cari arah

tunggu train ke bandar tokyo

tunggu shinkansen dari tokyo ke osaka

tunggu turn nak naik skytree

~The End~






Monday, September 3, 2012

8 Fun Facts about Japan (8 fakta seronok tentang Jepun kah?)

Entry ni saya buat (setelah 1 year plus takde post entry) untuk share few fun facts tentang Jepun,negara matahari terbit (kat malaysia pun matahari terbit jugak kan?nape namenye mcm tu?jawab2..), in conjunction to our raya trip aritu.sudah.jom baca as below:

1. beratur.nak buat pape semua kena beratur tunggu giliran ye.naik keretapi-beratur pls, naik bas-beratur pls,ambil gambar pun-beratur pls. kalau kau tak beratur, konfem akan dipandang senget.disiplin orang Jepun memang tiptop la.tang beratur memang aku salute

2. dalam public transport (eg train,bus) handphone kena silent mode.siap ada peringatan, 'please restrain from talking on the phone'.lagi2 kalau ade dekat dengan priority seat dalam train.kalau nak bercakap sembang2 pun suara volume 1/2 je,jangan nak jerit tempiak bagai.kang kena lempang baru tau

3. sangat rare untuk jumpa sampah @ tong sampah tepi jalan.tepi2 jalan semua bersih.takde la nak jumpa kotak rokok ke tisu ke plastik ke.memang takde.sebabnya,budaya mereka untuk tak buang sampah merata-rata.contoh,lepas guna tisu muka,dah lap muka kering2,ambik tisu tu simpan dalam beg.sampai rumah baru buang.maka sangatlah susah nk jumpa sampah tepi jalan.kan bagus macam tu.cuba kat malaysia ko buat gitu,konfem orang kata "hang ni pengotok la simpan balik tisu dah guna.buang je la tepi jalan tu". die tak sedar die yang pengotor sebenarnya.

4. vending machine adalah alat yang sangat penting.macam2 bole beli guna vending machine ni.vending machine air macam2 jenis ade, dengan air pelbagai rasa (mineral,energy drink,carbonated drink,'kirin',kopi,teh..eh semua la..ribena je aku tak jumpe). vending untuk aiskrim,makanan ringan n makanan berat pun ade.check-in hotel pun bole pakai mesin tau.malaysia ade?hehe..

latest attraction 'Tokyo Skytree'
5. ni yang paling best. ade 2 perkataan melayu yang kita tak boleh mention in public. "Mangkuk" & "Cincin". menurut kata adik saya, 2 perkataan ni ibarat mencarut la, tapi die pun tak tau maksud die ape. perkataan cincin memang kita jarang sebut la kan, tapi mangkuk ni payah sikit.so untuk mengelakkan dipandang oleh orang jepun, kami substitute perkataan mangkuk menjadi 'monkey' (sebutannye 'mang' and 'key'). so kalau kat kedai makan, nampak je hidangan dengan mangkuk besar, trus sebut "eh eh besarnye  mangkey tu.."al kisah satu hari kat rumah nani die keluarkan ayam beku dr freezer untuk masak lauk tengahari.untuk unfreeze ayam tu, die ambik mangkuk letak la plastik berisi ayam beku itu untuk letak air panas.ntah dari mana idea datang,keluarlah ayat ni "chicken in the monkey".maka gelak besarlah kami (sapa tak paham cita ni memang monkey ayun la korang.teehheee.jangan marah gurau je)

6. basikal dan train adalah kenderaan utama.dieorang keluar rumah pegi station keretapi naik basikal.parking basikal kat station, then pegi kerja naik train.kalau tempat kerja tak jauh sangat dari rumah,naik basikal jela.train pulak kalau peak hour sangat la macam sardine (sama la mcm kat malaysia). tapi yang unique nye,dalam keadaan bersardine tu, dieorang still boleh keluarkan handphone and surf internet atau ade yang bole baca buku cerita lagi.and kalau naik train & dapat tempat duduk,automatic akan terlelap mata.tido la pe lagi..

7. in public places like disneyland, they have parking for 'baby stroller'.cute kan.yang lagi syok takde orang curi pun.tak caya?nanti aku attach gambar bukti.kalau kat malaysia kau terlepas pandang 5 saat pun dah lesap kan.even if u r alone,and you left your bag atas kerusi then pegi toilet jap,balik dari toilet bag still ada,tak diusik pun.kalau malaysia mesti dah....ish3..

8. orang Jepun sentiasa bergerak dan berjalan,bukan lenggang kangkung macam kita p pasar malam ye,jalan laju.disebabkan mereka sentiasa berjalan,kerusi2 untuk lepak2 tepi jalan adalah jarang ditemui.except kat taman2 ke,kedai kasut ke ade la kerusi nak duduk.tempat lain,kalau penat hang bertenggek la kat mana2 tembok.

ok dah la.tak ingat dah ape lagi yang menarik.ingat nak cukupkan 10 points.tapi idea tamau keluar.ngantok kot.

selamat membaca!


p/s: sapa rasa nak pegi jepun pegi book tiket sekarang!!








Sunday, May 8, 2011

apa tajuk mau letak ni

sabtu lepas aku lepak2 dengan ibu kat luar rumah lepas balik dari makan kat kedai sekinchan ikan bakar (tak sedap,jangan pergi!).ktorg cite pasal mak ekyn (makcik ku) yang dah bersalin.sian mak ekyn kene duduk dalam labour room dalam 8 jam la jugak, nak tunggu baby keluar.

so ibu pun cerita pengalaman die lahirkan kami 3 beradik.ibu kate 'imah sekejap je.sebab kat rumah dah bukak 4 cm.sampai kat klinik terus keluar' ..tengok..betapa menepati masa nya aku ni.hehe.lagipun menurut kata ibu,aku punya EDD (expecting delivery date) sama dengan tarikh aku lahir.hehe..

then ibu cerita 'akak pulak 10 hari awal lahir.sepatutnya tengah2 bulan'. pause. then ibu sambung 'yelah.lahir pun awal.meninggal pun awal..' silence. tak tau nak respon macam mana.kalau aku respon,konfem nangis.nasib baik gelap masa tu,so ibu tak nampak air mata aku bergenang.mungkin mata ibu pun dah bergenang.

sebenarnye aku nak re-con blog ni.tapi tak menyempat lagi.nak ubah theme semua.kasi cun.haha.ok dah bye!

Al-Fatihah

Wednesday, January 12, 2011

saje lol

assalamualaikum..

sebab mood saya sangat tak bagus hari ni, so saya nak post la something kat sini. hehe. korang pernah alami bangun lambat tak? well, saya rasa semua orang pernah. tapi tak adalah sampai berderet kan? haaa.. malang sekali saya punya macam tu. sangat tensen. cakap ngan ada orang ni pun macam... entahlah. haha. kang saya bebel kantoi lak lol

jadi saya akan meneruskan kelas saya kejap lagi, iaitu pada masa ketiga. saya perlu pergi ke kelas ni sebab ada homework yang mesti dihantar selepas itu. so kena buat, dengan mariko. mariko dakke? entahlah, saya pun tak ingat namanya. hahaha~ kenapa saya kena buat dengannya? sebab waktu kelas tersebut saya masih lagi di rumah, TIDO.

arwah akak ada bangun lambat macam saya x? hmm macam tak ada je. dia passionate bab-bab belajar ni~ tak macam saya dan kak imah. lalalala~ kalau dia ada pasti saya da bebel kat dia. kah kah kah

jadi wahai pembaca sekalian, sila berikan idea bernas dan pendapat bagaimana mahu mengatasi masalah bangun lewat ini. ha amek kau, da siap besarkan perkataan tu. haha

sekian.


Thursday, December 9, 2010

9th december

assalamualaikum wbt.

tarikh yang sama setahun yang lalu. sedang saya berada di dalam kelas matematik (dengan wakayama sensei) tiba-tiba saya dapat satu mesej. daripada kak imah. tapi bila saya nak balas, bateri saya habis. jadi saya pinjam handphone kawan saya, cakap "nanti bila saya da balik kolej saya mesej. bateri habes ni." (ayat lebih kurang je la. hehe)

dengan hati yang tak tenang, saya asyik berfikir je sepanjang kelas. "apahal kakak aku ni? macam urgent gile. ada pape terjadi ke?" tapi apa-apa pun, saya tetap duduk dan belajar dalam kelas, sebab minggu depan ada peperiksaan akhir.

bila saya balik. saya terus caskan handphone saya. on, dan mesej. sebab takut apa-apa urgent kan. lepas tu, terus masuk call. saya dapat dengar suara kak imah, dan juga ibu. suara ayah tidak ku dengari. dan akhirnya, ibu lah yang menyatakan kenyataan yang sebenar. kenyataan yang mengubah hidup kami sekeluarga..

9 disember 2009. 22 Zulhijjah 1430H.

.....

Friday, November 26, 2010

22 Zulhijjah 1431H

setahun dah.tak sangka.i accept the reality.tapi still rase macam die selalu ade.rase dekat je.tp bile fikir betul2,memang rase sedih gile.hanya Allah yang tahu ape yang aku rase T_T

'dear akak..setahun akak dah tinggalkan kami.tahun ni ibu n ayah g haji.disebabkan haji kali ni nani kat jepun n ibu ayah kat mekah,maka imah tinggal sorg2.mase raya nasib baik tok yah ade kat umah pakcik.dapat la kiteorang (imah+huda+anep+amir+apis+along+kak lin+azim+aisyah) makan lauk tok yah masak ^^

ingat lagi dulu mase ibu ayah g haji 1st time.kite tinggal bertiga.nani g skola.kite dah abes skola.kerja2 semua bahagi.akak masak,imah kemas.kalau nani ade koko kat sekolah,imah anta naik basikal.bile akak g kelas driving,imah kene masak.tapi masak cincai-ntah-pape-tapi-bole-la-makan-takde-la-kebulur.ehehe.ari selase imah ngan nani ikut acik zura g pasar petang.beli ikan,ayam,roti john abg roti john nani.akak tak penah ikut sebab akak tak suke pasar.bile ktorg balik akak yang siang ikan n kerjakan ayam2 sume..

rindunye nak macam dulu balik..tapi imah paham..Allah lagi sayang akak..imah redha..dosa kalau kite meratapikan.imah pun tak nak akak terseksa di alam sana.insyaAllah kami sentiasa doakan akak T_T ....'

~Al-Fatihah~

Thursday, November 25, 2010

kerepek

assalamualaikum wbt.

hari ni kak imah masak. bagus! nanti i balik i nak u masak ye *kenyit mate* hehehe

hari tu ibu ngn ayah call. live dari tanah haram. suara rock due2. hahaha~ moga cepat sembuh balik... aminn :)

hari semalam teringat pada arwah. die suke kaco adek gemok (oopss ter-mengaku kikiki)

tajuk takde kaitan ngan isi. dan saya juga tidak makan kerepek sekarang. hanya ade coklat dalam beg. ape2 pun, sile abaikan hehe

ape2 pun, saya masih bersyukur, kerana walaupun dia udah tiada (nak dekat setahun), kami masih di sini, meneruskan perjuangan kami sebagai hamba Allah yang berada di naunganNya. yosh! :D

dan semoga Allah menyenangkan perjalanan dia di 'sana' juga, insyaAllah.. :)

wassalam.